IMAN & KASIH SAYANG

 Allah dan Kasih Sayang
 Kasih Sayang Rasulullah Terhadap Umat
 Dakwah Yang Tidak Dahulukan Kasih Sayang
 Kamu dan Kasih Sayang
 Keluarga dan Kasih Sayang
 Suami dan Kasih Sayang
 Isteri dan Kasih Sayang
 Guru dan Kasih Sayang
 Ulama dan Kasih Sayang
 Ahli Politik dan Kasih Sayang
 Generasi Muda dan Kasih Sayang
 Majikan dan Kasih Sayang
 Pekerja dan Kasih Sayang
 Usahawan, Hartawan dan Kasih Sayang
 Sahabat dan Kasih Sayang
 Ekonomi dan Kasih Sayang
 Perundangan dan Kasih Sayang

 

   

Ekonomi dan Kasih Sayang ::

Islam meletakkan kasih sayang sebagai penjana ekonomi, si kaya tidak sombong dengan kekayaannya, zakat dan infaq menjadi jambatan penghubung kasih sayang antara si miskin dan si kaya. Mereka tidak dihalang untuk menbina kekayaan walaupun setinggi gunung, tetapi mereka diharamkan sombong dan kikir sehingga kekayaannya tidak berlegar di kalangan masyarakat yang perlukan bantuan. Orang-orang miskin pula tidak suka meminta bantuan, mereka tiada merasa dengki terhadap apa yang ada di tangan orang lain. Malah, mereka rasa mulia dan tidak merasa hina dengan kemiskinan.

Mereka mahu menjadi orang miskin yang sabar dan redha, mereka mengejar syurga Allah dan tidak mengejar apa yang ada di tangan manusia. Mereka lebih suka mengambil rezeki dari usaha mereka dari mengharapkan bantuan. Dengan asas ini, Islam berjaya melahirkan masyarakat yang penyayang sehingga jurang pemisah masyarakat dapat dihapuskan.

Di zaman Saidina Omar (r.a) dan Omar bin Abdul Aziz, tiada orang yang mahu menerima zakat. Orang kaya membawa harta ke sana ke mari untuk diberi kepada sesiapa yang memerlukannya tetapi tiada orang yang mahu menerima, akhirnya harta kembali ke Baitulmal dan penuhlah kekayaan kepada ekonomi negara. Masyarakat Islam hidup penuh kemuliaan dan saling menghormati dengan takdir yang diberikan ke atas setiap hamba. Kaya dan miskin tidak menjadi perbezaan dan kemuliaan, kerana mereka dinilai atas ketakwaan masing-masing.

Mereka yang bertakwa mendapat penghormatan dan kemuliaan masyarakat. Anak-anak gadis dikahwinkan berdasarkan ketakwaan calon lelaki bukannya berdasarkan harta, pangkat dan keturunan. Rasulullah SAW sendiri mengahwinkan puteri kesayangannya yang cantik, Siti Fatimah dengan pemuda yang miskin namun hatinya penuh takwa iaitu Saidina Ali (r.a). Begitu ramai pinangan dari pembesar beberapa negara datang meminang anaknya tetapi Baginda SAW menolaknya dengan baik.